Saturday, November 2, 2013

EXAM DATANG LAGI..

Hi..sekejap aje pejam celik- pejam celik tegok2 saya skrg dah berada di semester 5. Ada 3 lagi semester untuk diharungi. Terlebih dahulu bebanyak minta maaf pd rakan2 di luar sana yg sedang mencari bahan-bahan rujukan dan ulangkaji. Sebab terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di sekolah tak mampu untuk saya update blog ini selalu.
Tapi, saya akan cuba masukkan bhn2 pd masa cuti ni. Harap bersabar yer.... Jujur saya katakan memang semester ini jiwa saya amat tertekan dgn subjek Termokimia (SCE3109). Terasa macam tak mampu jer nak bawa... mmg susah andainya kita tak ada basic yg kukuh . Contohnya mcm saya la...tu yg asyik dok pening ajer..tambah2 lagi tang soalan yang memerlukan pengiraan. Kantoi terus....
Sebab tu lah saya terpaksa bekerja lebih keras untuk nak faham subjek ni. Bagi rakan2 yg mmg sains tulen tu rasanya tak ada masalah la sbb dah ada asas. Tambah mcm saya umur pun dah makin meningkat susah skit nak ingat dan lambat nak faham...
Walaupun sesusah manapun , dgn adanya usaha pasti kita akan berjaya betul tak?  ...
Ok lah setakat ini dulu. Nnt cuti sy akan update bahan2 yg saya ada untuk rakan2 di luar sana. Harap dpt membantu k.

JUMPA LAGI...
cikgu Sue

No comments:

Post a Comment