Saturday, November 2, 2013

EXAM DATANG LAGI..

Hi..sekejap aje pejam celik- pejam celik tegok2 saya skrg dah berada di semester 5. Ada 3 lagi semester untuk diharungi. Terlebih dahulu bebanyak minta maaf pd rakan2 di luar sana yg sedang mencari bahan-bahan rujukan dan ulangkaji. Sebab terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di sekolah tak mampu untuk saya update blog ini selalu.
Tapi, saya akan cuba masukkan bhn2 pd masa cuti ni. Harap bersabar yer.... Jujur saya katakan memang semester ini jiwa saya amat tertekan dgn subjek Termokimia (SCE3109). Terasa macam tak mampu jer nak bawa... mmg susah andainya kita tak ada basic yg kukuh . Contohnya mcm saya la...tu yg asyik dok pening ajer..tambah2 lagi tang soalan yang memerlukan pengiraan. Kantoi terus....
Sebab tu lah saya terpaksa bekerja lebih keras untuk nak faham subjek ni. Bagi rakan2 yg mmg sains tulen tu rasanya tak ada masalah la sbb dah ada asas. Tambah mcm saya umur pun dah makin meningkat susah skit nak ingat dan lambat nak faham...
Walaupun sesusah manapun , dgn adanya usaha pasti kita akan berjaya betul tak?  ...
Ok lah setakat ini dulu. Nnt cuti sy akan update bahan2 yg saya ada untuk rakan2 di luar sana. Harap dpt membantu k.

JUMPA LAGI...
cikgu Sue

Tuesday, May 28, 2013

BAHAN SEMESTER 1 DAN 2 UPDATED

Aduhhh..penat jugak nak mengupdated bahan2 yg dah lama tersimpan ni yer..byk proses nak buat so kena la buat pelan2 and sikit demi sikit. Bahan mana yg belum lengkap tu harap bersabar la yer..nnt saya akan masukkan kemudian. Tetapi sy mengharap agar bhn2 ni boleh dijadikan panduan pd kengkawan yg perlu . Kalau boleh jgn la ambik sebijik2 kan kita dilarang mengamalkan PLAGIAT tul tak.. so ingat tu...
Ok lah jumpa lagi....

Thursday, May 23, 2013

SELAMAT DATANG

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
       
Kepada semua pengunjung, apa yang saya sharekan kat sini merupakan beberapa koleksi bahan khususnya bagi subjek Pengajian Sains, Elektif Pendidikan Jasmani di IPG selama 8 semester program pengajian PPG ini. Manalah tahu kemungkinan bahan-bahan yang telah saya kumpulkan ini mampu menjadi panduan dan rujukan kepada adik-adik junior yang memerlukan atau sesiapa sahaja. Dan saya tahu memang perlukan???  ...Susah atau sesukar mana meneruskan pengajian ini, hanya kesabaran dan semangat yang tinggi sahaja akan meletakkan diri kita di puncak kejayaan. Betul tak?Tambahan saya adalah batch pertama Keluaran PPG memang sukar sekali mendapatkan bahan-bahan rujukan hanya tumpang guna modul atau bahan PGSR sahaja. Itu pun berbeza kan..so mahu ke tak terpaksalah usaha cari sampai dpt...

        Apa pun....Saya cuba membangunkan blog ini sebgai satu ruang untuk saya share dan berkongsi ilmu serta pengalaman sepanjang melalui tempoh pengajian 4 tahun ini yang mana di akhirnya akan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian (entah la leh guna sambung Master ke tak). Daripada disimpan hingga penuh pendrive lebih baik saya kongsi kepada yg memerlukannya..sekurang-kurangnya dapat juga pahala......Yang penting mesti mengaji kerana tuntutan sebagai Guru memerlukan kita sentiasa mengupgred ilmu kita sejajar dgn peredaran zaman.

Apa pun doakan semoga saya dan sesiapa yg sdg mengaji ni selamat sampai ke hujungnya...yer..